Wednesday, April 16, 2008

Perutusan


PERUTUSAN KETUA KAMPUNG JEMENTAH 8

Selamat Datang Ke GDW Kampung Paya Lebar.

Bagi Mencapai Wawasan Yang Dicita Maka Selaku Ketua Kg. Paya Lebar Saya Menggariskan Asas Visi Dan Misi Dan Memperakukannya Seperti Berikut Bahawa:

Untuk Menjalani Hidup Secara Beriltizam Mestilah Bermula Dengan Memahami Dan Membina Tapak Kejayaan. Kerana Bila Kita Memandang Masa Depan Dan Mendefinasikan Cara Hidup Yang Hendak Dicapai, Kita Perlu Merancang Apa Yang Kita Kehendaki Dengan Sempurna Walau Pun Pada Peringkat Awal Hanya Dengan Cakaran Atau Lakaran Pada Serpihan Kelopak Dedaun Yang Gugur Kebumi Atau Pada Nukilan Yang Tulus Ikhlas Yang Tersemat Dihati Lantas Menterjemahkannya Secara Realiti.

Darinya, Jika Nyata Arah Tuju Visi Yang Diimpikan, Insyaallah Misi Akan Mudah Dilaksanakan.


Ikhlas dari:

HJ. RAHMAD BIN SIDIN
Ketua Kampung Jementah 8
Pengerusi GDW Kg. Paya Lebar
Mukim Jementah

GDWKPL

GERAKAN DAYA WAWASAN KAMPUNG PAYA LEBAR
SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM