Monday, May 26, 2008

Sejarah Kampung(Sambungan)

Tahun demi tahun jumlah mereka yang layak menduduki tanah di Kampung Paya Lebar telah pun berhijrah dan menetap disini. Sehingga pada hari ini jumlah rumah yang ada ialah sebanyak 61 buah semuanya dengan bilangan penduduknya melebihi 300 orang.

Pada tahun 1987 projek pertama telah pun diluluskan iaitu membina balai belia. Pada tahun berikutnya pula iaitu dalam tahun 1988 projek ke dua telah diperolihi dimana sebuah surau pula telah pun dibina.

Namun akibat kelembapan ekonomi pada ketika itu, setelah hampir 11 tahun iaitu pada tahun 1999 barulah Kg. Paya Lebar menerima satu lagi peruntukan dimana pada kali ini ialah projek menaik taraf Balai Belia kepada Balai Serbaguna.

Penduduk Kg. Paya Lebar sesungguhnya amat bertuah dan merasa terhutang budi diatas kemurahan hati Allahyarham En. Baharom Bin Rahmad yang mana telah pun mewakafkan 1 ekar daripada tanahnya untuk dijadikan tapak surau dan lain-lain binaan diatasnya seperti yang ada kini. Semoga sedekah jariahnya itu diberkati Allah jua hendaknya.

Diiktiraf dan didaftarkan sebagai Kampung Daya Wawasan (GDW) pada tahun 2000.

Monday, May 19, 2008

PROFIL KAMPUNG

1. NAMA KAMPUNG: KAMPUNG PAYA LEBAR

2. SEJARAH KAMPUNG: Paya Lebar adalah merupakan satu kawasan hutan dara sebelum ianya dibuka untuk permohonan awam bagi tujuan pertanian sekitar tahun 1965.
3. Didalam tahun 1972, pemohon-pemohon yang berjaya dimana kebanyakkannya merupakan pekerja-pekerja ladang yang berhampiran telah pun dikurniakan tanah seluas 6 ekar seorang.
4. Pada tahun 1977 Paya Lebar mula diduduki apabila kumpulan pertama terdiri daripada 4 keluarga telah pun berpindah dan memulakan kehidupan sebagai penduduk tetap kampung. Dengan jumlah semua pada ketika itu hanya seramai 24 orang, namun merekalah kumpulan pertama yang telah mengubah kawasan ini yang dulunya hanya dikenali sebagai Hutan Simpan Paya Lebar, kini menjadi Kampung Paya Lebar dan kekal sehingga kini.
5. Disebabkan Kg. Paya Lebar terletak didalam Mukim Jementah, maka Tuan Haji Said selaku Penghulu Mukim pada ketika itu, telah pun memasukkan kampung ini didalam pentadbiran Jementah 2 dimana Ketua Kampungnya ialah Allahyarham E. Ahmad bin Mahmud. Untuk membantu melicinkan tugas, pada tahun 1980 seorang AJK JKKK daripada penduduk kampung ini telah dilantik.

SELAMAT DATANG KE GDW KG. PAYA LEBAR

Pengerusi dan semua AJK JKKK khasnya GDW Kg. Paya Lebar mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Laman Blog GDW Kg. Paya Lebar. Dengan hati yang ikhlas selaku Pengerusi dan Ketua Kampung Paya Lebar kunjungan anda ke Laman Blog GDW Kg. Paya Lebar ini saya anggap seperti anda berkunjung ke rumah saya sendiri. Kerananya ALLAH telah menjanjikan bahawa setiap tetamu yang berkunjung itu pasti membawa bersamanya BARKAH.