Monday, May 26, 2008

Sejarah Kampung(Sambungan)

Tahun demi tahun jumlah mereka yang layak menduduki tanah di Kampung Paya Lebar telah pun berhijrah dan menetap disini. Sehingga pada hari ini jumlah rumah yang ada ialah sebanyak 61 buah semuanya dengan bilangan penduduknya melebihi 300 orang.

Pada tahun 1987 projek pertama telah pun diluluskan iaitu membina balai belia. Pada tahun berikutnya pula iaitu dalam tahun 1988 projek ke dua telah diperolihi dimana sebuah surau pula telah pun dibina.

Namun akibat kelembapan ekonomi pada ketika itu, setelah hampir 11 tahun iaitu pada tahun 1999 barulah Kg. Paya Lebar menerima satu lagi peruntukan dimana pada kali ini ialah projek menaik taraf Balai Belia kepada Balai Serbaguna.

Penduduk Kg. Paya Lebar sesungguhnya amat bertuah dan merasa terhutang budi diatas kemurahan hati Allahyarham En. Baharom Bin Rahmad yang mana telah pun mewakafkan 1 ekar daripada tanahnya untuk dijadikan tapak surau dan lain-lain binaan diatasnya seperti yang ada kini. Semoga sedekah jariahnya itu diberkati Allah jua hendaknya.

Diiktiraf dan didaftarkan sebagai Kampung Daya Wawasan (GDW) pada tahun 2000.